RUMUSAN
MESYUARAT WACANA PROFESIONAL
PROFESION PENDIDIKAN
KESATUAN / PERSATUAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BERSAMA DENGAN
Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
PADA
7 HINGGA 9 JUN 2009
BERTEMPAT DI
HOTEL GRAND CONTINENTAL,
LANGKAWI
CATATAN:
HASIL RUMUSAN INI TELAH DISERAHKAN KEPADA YB. DR. HJ. MOHD. PUAD BIN ZARKASHI, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA UNTUK PERTIMBANGAN PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN SELANJUTNYA.
ISU-ISU YANG
DIBINCANGKAN
|
1 |
Pengajaran Sains
dan matematik Dalam Bahasa Inggeris |
|
2 |
Kurikulum
Sekolah Rendah |
|
3 |
Penempatan Guru
Pada Awal Tahun Persekolahan |
|
4 |
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah |
|
5 |
Merapatkan Jurang
Pendidikan di Antara Bandar dan Luar Bandar khususnya di Sabah dan |
|
6 |
Pelaksanaan
Bayaran Tambahan Persekolahan Perlu Disemak Semula |
|
7 |
Campur
Tangan PIBG /Lembaga Pengelola
Sekolah/Alumni dalam Pentadbiran
Sekolah |
|
8 |
Pemberian
Insentif Bagi Guru yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana dan Phd. |
|
9 |
Menghadkan
Jumlah Matapelajaran Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran |
|
10 |
Peruntukan Per Kapita Geran dan LPBT |
|
11 |
Beban Tugas dan
Tanggungjawab Guru |
|
12 |
Perluasan
Jawatan Guru Besar Cemerlang DGA38 dan Pengelola Cemerlang DGA38 |
|
13 |
Jawatan Pengetua
Sekolah pada Gred DG52 |
|
14 |
Insentif Guru
Cemerlang Siswazah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat TPM merangkap
Menteri Pelajaran |
|
15 |
Jawatan
Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ) |
|
16 |
Fungsi dan
Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran |
|
17 |
Kebenaran Guru
Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk Bergiat dalam Politik |
|
18 |
Pelaksanaan
Ko-kurikulum |
|
19 |
Pengstrukturan
Pejabat Pelajaran Daerah |
|
20 |
Kemasukkan PTD
di Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran/PPD |
|
21 |
Elaun Khas
Pengetua/ Guru Besar dan Elaun Keraian Guru Besar / Sisipan Gred Perjawatan
DGA36 Untuk Guru Besar |
|
ISU |
SENARIO |
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN |
|
Pengajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris |
Pelaksanaan
PPSMI telah dialksanakan mulai 2003 di semua sekolah rendah dan menengah.
Pelbagai reaksi telah dikemukan oleh pelbagai pihak. |
Kementerian
Pelajaran dipohon membuat keputusan
tentang pelaksanaan dasar PPSMI ini. (SILA
RUJUK LAMPIRAN A YANG BERKAITAN) |
|
Kurikulum
Sekolah Rendah Kurikulum
di sekolah rendah Kini
terdapat 13 subjek diajar secara meluruh di sekolah rendah. Antaranya adalah Bahasa
Melayu Bahasa
Inggeris Matematik Sains Pendidikan
Agama Islam/ Moral Kemahiran
Hidup Sivik
dan Kewarganegaraan Kajian
Tempatan Muzik Pendidikan
Jasmani & Kesihatan Pendidikan
Seni j-QAF
( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) Bahasa
China/ Bahasa Tamil |
2.1.1.
Terlalu banyak subjek yang perlu dibelajar. 2.1.2. Tahap penguasaan bahasa murid tidak
memuaskan 2.1.3.
Kemahiran membaca tidak tercapai, masih terdapat murid tidak menguasai 3M 2.1.4.
Minat dan amalan membaca murid ditahap
yang sangat rendah |
2.1.1.
Tahap Satu: Tahun Satu dan Dua Sahaja. Memberi
penekanan kepada asas 3M. Membaca,
Menulis dan Mengira menerusi Bahasa Ibunda. Pembacaan dan penulisan perlu
mempunyai unsur-unsur sejarah, sains, sivik dan lain-lain subjek ( Bahasa
merentasi kurikulum ) Bagi
Matematik, penekanan perlu diberi kepada
4 perkara asas dalam mathematic iaitu Tambah, Tolak, Darab dan
Bahagi. Pengukuhan perlu diberi . Bagi
Tahap Satu subjek yang dicadangkan adalah : Bahasa
Melayu Bahasa
Inggeris Bahasa
Cina / Tamil Pendidikan
Agama Islam/Moral/ j-QAF Matematik Sains
Awalan Pendidikan
Seni (Muzik, lukisan & arca, kebudayaan) Pendidikan
Jasmani & Kesihatan 2.1.2.
Tahap Dua Terdiri
daripada Tahun 3,4,5 dan 6. Subjek
yang dicadangkan ialah: i. Bahasa Melayu ii. Bahasa Inggeris Matematik iv. Sains Pendidikan
Agama Islam/ Moral Kemahiran
Hidup Sivik
dan Kewarganegaraan Sejarah/Kajian
Tempatan Muzik Pendidikan
Jasmani & Kesihatan Pendidikan
Seni j-QAF
( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) xiii. Bahasa China/ Bahasa Tamil |
|
3. Penempatan guru-guru pada awal tahun
persekolahan |
1. Setiap tahun sekolah menghadai kekurangan guru tidak pada hari pertama sesi persekolahan. 2. Guru sandaran tak terlatih (GSTT) diterima pada bulan Januari oleh sesetengah sekolah sahaja. 3. P&P berjalan berdasarkan tenaga guru yang ada sahaja. Kelas-kelas peperiksaan diberi keutamaan. 4. Pentadbir menggunakan nisbah 1.5 sehingga bekalan tenaga guru mencukupi. |
1. Penempatan guru diuruskan secara serius sebelum sesi persekolahan bermula. 2.
Proses pengambilan GSTT dibuat pada bulan Disember supaya mereka dapat
ditempatkan di sekolah-sekolah mulai Januari. |
|
4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) menambah beban tugas guru. |
Melibatkan masa guru untuk kerja-kerja
pekeranian (key in nama, markah, cetak sijil dsb selain proses pelaksanaannya). |
Melantik Pembantu Guru/
staf sokongan untuk urusan PBS di sekolah. |
|
5. Merapatkan jurang
pendidikan khususnya di antara bandar dan luar bandar, khasnya di Sabah dan
Sarawak |
Perbezaan dari segi
fizikal/logistik Jarak sekolah dari
pekan Lebih 60 % sekolah
terletak di kawasan luar Bandar Kos pembinaan dan
penyelenggaraan yang amat tinggi Proses pemantauan amat
sukar |
Cara pengagihan
peruntukan mesti mengambilkira perbezaan fizikal dan logistik Pelaksanaan dasar perlu
diberi fleksibiliti Kajian keperluan yang
lebih menyeluruh perlu dilaksanakan Pengstrukturan
institusi pendidikan (JPN/PPD/sekolah) yang lebih realistik ( jumlah
pegawai). |
|
|
Perbezaan dari segi
tahap pembangunan infrastruktur Masih terdapat banyak
sekolah 2 sesi Sekolah menghadapi
kekurangan keperluan asas(bilik kelas, asrama, kemudahan sukan dan rekreasi) Sekolah kurang murid Kemudahan alat ICT |
Kementerian perlu
menetapkan tempoh masa dan strategi pelaksanaan sekolah satu sesi Cadangan mengurangkan
beban tugas guru seperti yang terkandung dalam Kajian Beban Tugas Guru
dilaksanakan Satu kelas 25 murid seperti yang diutarakan
oleh Ketua Perkhidmatan Awam perlu dijadikan sasaran Kementerian Pelajaran |
|
|
Kekurangan guru di
Sabah dan Sarawak Kekurangan dan mismatch
guru di sekolah rendah dan menengah masih ketara Mobiliti guru di dalam
negeri dan antara negeri amat tinggi Pengambilan bakal guru
dari Sabah dan Sarawak pada kadar yang rendah( contoh: 152 daripada 6267 atau
2.43 % permohon diterima untuk KPLI pada 2008) Untuk 2008 108,397
calon memohon untuk KPLI dan 5326 diterima masuk ( 5% diterima) |
Peningkatan
kapasiti pengambilan di Institut
Perguruan disegerakan Cara pengambilan bakal
guru –memberikan keutamaan kepada orang tempatan di setiap negeri (cadangan
50%) Mod latihan untuk KPLI
perlu diubah – masa praktikal di sekolah perlu dipanjangkan ke 2 semester. Penambahan institusi
perguruan di setiap negeri |
|
|
Perbezaan dari segi
akses/ekuiti dan kualiti Pencapaian peperiksaan
UPSR untuk Sabah dan Sarawak sentiasa pada tahap yang rendah |
Peningkatan kemudahan
asas untuk sekolah-sekolah pedalaman Penyelarasan di antara
agensi untuk pelaksanaan dasar khususnya bantuan kewangan dan kemudahan
lain.(janakuasa) |
|
6.
Pelaksanaan bayaran tambahan sekolah
perlu disemak semula. |
1. Bayaran tambahan sekolah dikutip lewat sehingga bulan Jun. 2. Ramai ibu bapa enggan membayar atas alasan
anak mereka telah belajar selama 6 bulan walaupun keputusan dibuat dalam
mesyuarat agung. Jumlah ahli PIBG yang hadir dalam mesyuarat agung terlalu
kecil. 3.
Pihak Pusat tanggungjawab memutuskan untuk tidak mengeluarkan sebarang surat
kelulusan memungut, cukup hanya menerima maklum sahaja. 4.
Arahan mengenai pengurusan kutipan bayaran tambahan ini lewat dikeluarkan,
pada penghujung bulan Mei sahaja. |
1. Kutipan bayaran tambahan tahun 2010 boleh
dibuat pada hari pertama persekolahan. 2. Sekolah akan membuat permohonan kepada
Pusat Tanggungjawab pada bulan Oktober 2009. Jumlah kutipan mengikut
keputusan mesyuarat agung PIBG 2009. 3. Pusat tanggungjawab diharap membuat
keputusan samada meluluskan atau tidak meluluskan permohonan. |
|
7. Isu
campur tangan PIBG/ Alumni/ Lembaga Pengelola Sekolah dalam pentadbiran
sekolah perlu diatasi segera. |
1.
Campur tangan yang serius di beberapa sekolah mengganggu sekolah. 2.
Cuba terlibat dalam membuat polisi sekolah (contoh penyingkiran guru,
pengambilan murid). 3.
Terdapat kecenderungan pihak atasan melayan kehendak pihak ini dan tidak
memberi peluang kepada pihak sekolah untuk member pandangan. |
Pihak
pengurusan atasan perlu mendapatkan pandangan daripada pihak sekolah sebelum
membuat sebarang kesimpulan. Perlu
ada usaha daripada KPM untuk mewujudkan persefahaman antara pihak sekolah
dengan pihak PIBG/ Alumni dan Lembaga Pengelola Sekolah. |
|
8.
Cadangan Pemberian Insentif Bagi Guru-Guru Yang Mempunyai Kelayakan Ijazah
Sarjana dan PhD |
Guru-guru
yang memiliki ijazah sarjana atau pun ijazah doktor falsafah (PhD) perlu
diberi insentif yang sewajar nya sebagai menghargai usaha mereka untuk
menyahut seruan kerajaan dalam mempertingkatkan tambah nilai diri dari segi
ilmu pengetahuan. Pemberian insentif ini dicadangkan digunapakai untuk
kenaikan pangkat dari gred DG44 ke DG48. |
Dicadangkan
agar: 1 Guru-guru yang telah memperoleh ijazah
sarjana yang berada pada gred DG44 KUP diberi peluang naik pangkat ke DG48
‘time-based’ dengan tempoh 7 tahun sahaja berbanding 10 tahun sedia ada. 2 Guru-guru yang telah memperoleh ijazah PhD
yang berada pada gred DG44 KUP diberi peluang naik pangkat ke DG48
‘time-based’ dengan tempoh 6 tahun sahaja berbanding 10 tahun sedia ada. |
|
9. Menghadkan
Jumlah Matapelajaran Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran (b).
Isu – Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) - Jumlah mata pelajaran
yang diajar di sekolah rendah membebankan guru dan murid |
1.
Persepsi masyarakat bahawa mereka yang
mendapat jumlah A yang banyak menggambarkan kecemerlangan menyeluruh seperti
dalam FPK. 2.
Pertambahan mata pelajaran tidak selari dengan pertambahan guru. 3.
Mata pelajaran yang sedia ada sudah mencukupi. Tawaran
2 mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan Pembelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTL) telah menyebabkan masa untuk mata
pelajaran penting yang lain dikurangkan. Kesannya keputusan mata pelajaran yang masanya telah
diambil oleh 2 mata pelajaran ini terjejas. 4.
Masa yang diperuntukan untuk aktiviti kokurikulum turut terjejas 5.
Sekolah dua sesi menghadapi masalah yang lebih serius. (a)
Latar Belakang 1.
Mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan (content
based) kepada berasaskan kemahiran dan kebolehan (skill and ability). 2.
Mengurangkan jumlah mata pelajaran. 3.
Menggunakan sistem semester.. 4.
Projek rintis ini telah dimulakan pada Jun 2009 di 500 buah sekolah pada
peringkat pra sekolah dan tahun 1. (b)
Kaedah Pentaksiran 1.
Pentaksiran Sekolah (PS) 2.
Pentaksiran Pusat (PP) 3.
Peperiksaan Pusat (PpP) 4.
Pentaksiran Psikometik (PPsi) 5.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK) (c) Wajaran Pentaksiran 1.
Tahun 1 dan 2 (Tahap 1) -
PS 70% - PAJK 30% 2.
Tahun 3,4,5 dan 6 (Tahap 2) - T3, T4, T5 (PS 50%, PAJK 20%, PP 30%) T6 (PS
50%, PAJK 20%, PP 10%, PpP 20%) |
Calon
dibenarkan mengambil minimum mata pelajaran teras sahaja. Menetapkan
jumlah maksimum bagi peperiksaan SPM ialah 10 mata pelajaran kecuali SM Agama
dibenarkan mengambil 12 mata pelajaran.Hadkan kepada 10 hingga 12 mata
pelajaran sahaja. Lima
mata pelajaran teras dikekalkan (bagi aliran Sains dan aliran Agama) dan 6
mata pelajaran teras bagi aliran lain dikekalkan. Memberikan
lebih pengiktirafan kepada aspek kecemerlangan dalam bidang kokurikulum,
kepimpinan dan pembangunan sahsiah. Mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan ICTL ditarik balik. Pengajaran
ICTL boleh dibuat secara merentasi kurikulum. Kandungan kurikulum PSK
boleh diserapkan di dalam matapelajaran Sejarah. Masa untuk BM
dikembalikan kepada 5 waktu, BI kepada 5 waktu dan KH mendapat semula 4
waktunya. Pembantu Guru hanya
dibekalkan di sekolah-sekolah yang menjalankan program rintis (6 bulan
pertama dan seterusnya 2 tahun akan datang secara kontrak). Pembantu guru ini
dikekalkan secara tetap dan sepanjang masa Apabila dilaksanakan
sepenuhnya bilangan nisbah pembantu guru dibekalkan untuk setiap kelas. SPPK akan menjadi beban
tugas guru Norma guru daripada 1.5
kepada 1.7 harus disegerakan Mata pelajaran untuk
pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat secara formal hendaklah
dikurangkan. Tahap 1 (BM, BI, Matematik,
Bahasa Ibunda, Pend Islam) Tahap 2 (BM, BI,
Matematik, Sains, Bahasa ibunda dan Pend. Islam). Menggunakan 2 sistem
semester iaitu Januari – Mei dan Julai – November. Pentaksiran Sekolah
diadakan secara formal iaitu 2 kali dalam setahun. Memastikan semua
sekolah mempunyai peralatan ICT yang mencukupi. Memberi pendedahan dan
latihan tentang SPPK kepada semua guru. Bahan pentaksiran (Kit
Latihan dan Instrumen) harus dibekalkan kepada semua guru. |
|
10.
Peruntukan gran per kapita matapelajaran (PCG)/ LPBT tidak mencukupi. |
1. Kos
barang, perkhidmatan dan utiliti meningkat secara ketara. 2.
Pihak sekolah menghadapi kekurangan wang untuk membuat kerja-kerja
penyelenggaraan terutama kepada sekolah lama. 3.
Peralatan stationary pejabat (kertas, ink, master, toner, katrij) memerlukan
penggunaan yang sangat tinggi. 4. Kos
bagi matapelajaran yang mempunyai kerja kursus semakin meningkat. |
Cadangan
agar KPM menambahkan peruntukan LPBT sebanyak 100%. Cadangan
agar KPM menaikkan PCG terutama bagi matapelajaran yang ada kerja kursus
dinaikkan sebanyak 50%. |
|
11.
Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru |
Kajian
beban tugas guru pada tahun 2006 yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia telah membuat pelbagai syor untuk mengatasi beban tugas guru |
Kementerian
Pelajaran perlu melaksanakan syor dan cadangan dalam laporan tersebut dengan
kadar segera. |
|
12.
Perluasan Jawatan Guru Besar Cemerlang
DGA 38 Sekolah Rendah. *GMGBM |
Jumlah
jawatan Guru Besar Cemerlang DGA 38 ketika ini ialah seramai 1530 orang (
kuota 10 % iaitu 170 orang diberikan
kepada Pengelola di KPM/ JPN/ PPD ) darpada
jumlah keseluruhan Guru Besar seluruh Malaysia seramai 7644
orang. Hakikatnya nisbah tersebut
adalah kecil jika dilihat dari sudut peluang kenaikan pangkat dan peningkatan
gred perjawatan. |
Pertambahan
perluasan Gred Jawatan DGA 38 untuk Guru Besar sebanyak 1200 jawatan Guru Besar
Cemerlang dan untuk Pengelola sebanyak
300 jawatan Pengelola Cemerlang. |
|
13.Semua
jawatan Pengetua Sekolah Menengah sewajar nya berada pada Gred DG52 |
Memandangkan
tugas pengetua semakin berat dan disaingi pula oleh rakan guru lain yang
memegang jawatan yang sama taraf dengan pengetua, maka tiba masanya jawatan
pengetua di semua sekolah menengah dinaikkan ke gred DG52. Dengan demikian, ia akan memberi motivasi
yang lebih tinggi lagi kepada pengetua berkenaan di samping menghargai
sumbangan mereka yang sanggup menerima cabaran dan tanggungjawab sebagai
pengetua. |
Jawatan
Pengetua Gred DG52 perlu diperluaskan ke seluruh sekolah menengah tanpa
mengira gred atau enrolmen sekolah berkenaan. |
|
14.
Insentif Guru Cemerlang Siswazah yang diumumkan oleh YAB TPM |
Insentif
pertambahan jawatan Guru Cemerlang
bagi guru-guru siswazah yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran semasa Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2009 baru-baru ini |
Dicadangkan
agar kuota pertambahan jawatan Guru Cemerlang ini perlu diperluaskan juga
sebanyak 10 peratus mengikut gred
kepada guru-guru siswazah DG41 / DG44 / DG48 / DG52 yang berkhidmat di
kementerian / bahagian / jabatan atau
PPD selaras dengan pelaksanaan insentif untuk PPPLD yang diperluaskan kepada
pengelola di kementerian / jabatan / PPD. |
|
15.Jawatan
Pensyarah di IPGM perlu distruktur dan dikaji semula |
Memandangkan
beban tugas pensyarah di IPGM adalah berat ditambah lagi peranan untuk melahirkan tenaga pengajar
bertaraf ijazah, sewajarnya jawatan pensyarah distruktur dan dikaji semula.
Tambahan pula kebanyakan pensyarah di IPGM sekarang ini memiliki kelayakan
ijazah sarjana ataupun PhD. |
Adalah
dicadangkan jawatan pensyarah sewajarnya bermula dari gred baru (DG45)
seperti mana yang terdapat pada jawatan pensyarah(DS45) di IPTA. |
|
16.
Fungsi dan Peranan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran(perkara 144 Perlembagaan Persekutuan) |
Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran(SPP) ditubuhkan pada 1974 berikutan syor Suruhanjaya Aziz untuk menyelesaikan
isu-isu perkhidmatan guru. |
SPP
seharusnya diberi tanggungjawab dan kuasa seperti yang diperuntukan dalam
perkara 141 Perlembagaan Persekutuan . Suruhanjaya ini sepatutnya mempunyai
kuasa eksekutif seperti Jabatan Perkhidmatan Awam. |
|
17. Kebenaran Guru dalam kumpulan pengurusan
dan profesional untuk bergiat dalam politik |
Mengikut
peraturan 21(1), Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)
1993 – Pegawai awam dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan pegawai kumpulan pengurusan
dan profesional adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti
politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik |
Memberi
kebenaran guru untuk bergiat dalam politik berdasarkan alasan-alasan berikut: memandangkan
kebanyakan guru PPPLD telah pun melanjutkan pelajaran dan menjadi guru PPPS,
maka kebenaran perlu diberikan kepada guru dalam kumpulan pengurusan dan
profesional bergiat dalam politik berdasarkan syarat-syarat tertentu. telah
diakui dalam sejarah bahawa guru telah memainkan peranan penting dalam
politik tanah air sejak zaman penjajahan. Oleh itu peranan guru dalam
perjuangan politik perlu diberikan semula. kebenaran
guru terlibat dalam politik dapat mengimbangi penguasaan golongan korporat
dalam politik tanah air guru
merupakan ilmuwan yang hampir dengan masyarakat, dapat menyebarkan maklumat
atau dasar-dasar kerajaan dengan lebih jelas kepada masyarakat. Cadangan memberi
kebenaran kepada PPPS gred DG41, DG44 dan DG48 untuk bergiat aktif dalam
politik. |
|
18.Peningkatan
pelaksanaan kokurikulum untuk menepati harapan Negara |
Sumber kewangan sekarang hanya untuk
kegunaan pelajar Kehadiran guru semasa aktiviti
kokurikulum hanya untuk menyelia pelajar sahaja, tetapi bukan untuk melatih
pelajar dalam pelbagai bidang
memandangkan guru kurang berkemahiran dalam bidang bekenaan. 8.1.3 Mengikut
bidang kesenian ke peringkat antarabangsa |
Pertambahan perluasan Gred Jawatan DGA 38 untuk Guru Besar sebanyak 1200 jawatan Guru Besar
Cemerlang dan untuk Pengelola sebanyak
300 jawatan Pengelola Cemerlang |
|
19.
Pengstrukturan Pejabat Pelajaran Daerah |
1 Gred PPD pada masa kini terbahagi kepada A,
B, C dan Khas. PPD di Sabah dan 2 Sejak pengstrukturan pada tahun 2003 hanya
terdapat 37, 35 dan 30 jawatan di PPD gred A, B dan C. Pada tahun Disember 2007, 7 PPD Khas
diwujudkan dengan 9 jawatan. Pada 1
September 2008 semua PPD di Semenanjung mendapat Gred DG52 dan semua Pejabat
Pelajaran Daerah (A, B dan C) mendapat 1 jawatan tambahan Timbalan PPD Gred
DG48 kecuali 7 PPD Khas yang masih kekal dengan perjawatan asal. Fungsi PPD sudah bertambah berbanding dengan semasa
pengstrukturan yang lalu. 3. Gred Pegawai semasa PPD : DG52 Timb. PPD: DG48 Ketua Unit : DG44/DG41 Pegawai lain : DG44/DG41 / DG34/ DG32 Memandangkan tugas pegawai PPD
memantau, menyelia dan membimbing guru-guru di sekolah, gred pegawai di PPD
seharusnya lebih tinggi dari guru-guru yang dipantau. Jawatan pegawai di PPD
merupakan jawatan naik pangkat. Pejabat Pelajaran Daerah Kecil
(PPDK) di Sabah dan Sarawak dimansuhkan dan dijadikan Pejabat Pelajaran
Daerah mulai 1 September 2008. Walau bagaimanapun bilangan perjawatan masih |
Memandangkan fungsi yang
dilaksanakan di semua PPD adalah sama, wajar digredkan PPD kepada 2 gred
sahaja iaitu gred A dan gred B dengan menggunakan kriteria bilangan sekolah,
bilangan perjawatan, bilangan murid, bilangan asrama dan luas kawasan daerah
PPD berkenaan. (n>5, PPD Gred A dan selainnya PPD Gred B). Dicadangkan supaya bilangan perjawatan di semua PPD ditambah seperti yang
dicadangkan. PPD Gred A : Dari 112 orang
ke 152 orang PPD Gred B: Dari 91 orang ke
111 orang. Badan Perhubungan PPD
Kebangsaan mencadangkan seperti yang disarankan oleh Datuk TKSU supaya 2
model PPD dibawa kepada JPA untuk kelulusan.
Model yang optimum bagi melaksanakan fungsi dan satu model yang
minimum bagi melaksanakan kerja di PPD. Dicadangkan supaya gred pegawai adalah seperti berikut: PPD : DG54 Timb. PPD: DG52 Ketua Unit di PPD : DG48 Pegawai lain: DG44 / DG36 / DG34 PPD gred DG54 menjadi Ketua Jabatan di daerah memandangkan banyak jawatan
Pengetua DG54 dan DG52 yang baru diwujudkan. Gred DG36 merupakan laluan naik pangkat kepada pegawai PPLD. Gred DG41 boleh dipertimbangkan dengan syarat mereka merupakan bekas guru
PPLD yang berjaya mendapat ijazah dan dimasukkan dalam gred DG41 yang
berpengalaman. Dicadang supaya perjawatan baru mengikut dua gred PPD yang dicadangkan
bagi daerah di Semenanjung. Walaupun
bilangan sekolah mungkin kecil, tetapi kawasan PPD di Sabah dan Sarawak
besar. |
|
20. Kemasukan PTD ke perkhidmatan di Sekolah/JPN/KPM. |
Surat Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia , KPPM/2/12.8 bertarikh 15 ogos 2005 dirujuk. Antara isi kandungan: Hasil bengkel yang diadakan di Hotel New Pacific , Kota Bharu pada 5-7
Ogos 2005 , semua pihak telah bersetuju hanya PTD di gred 41 dan 44 saja
diberi untuk masuk berkhidmat di JPN dan ini juga telah dipersetujui oleh
Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu(rujuk surat KPPM/2/12.8 bertarikh 15
Ogos 2005. Apabila diperingkat pelaksanaan
penstrukturan semula JPN ,satu tindakan sonsang telah dilakukan oleh pihak
atasan KPM(BSM). Keputusan tidak memasukan PTD yang lebih tinggi dari gred DG
44 tidak diikuti.PTD yang gred M52 telah ditempatkan di Sektor Perkhidmatan
yang biasanya disandang oleh DG.Ini satu penipuan telah dibuat oleh pihak JPA
terhadap profesion perguruan. Pihak kesatuan mahukan supaya guru
yang mengurus guru kerana mereka lebih arif tentang situasi yang dihadapi
oleh guru. Ia telah mengurangkan peluang dan
jawatan kenaikan pangkat guru-guru. Guru juga mempunyai kelayakan,
kepakaran dan kredibiliti untuk memegang jawatan naik pangkat dalam sektor
pengurusan dan pentadbiran di KPM/JPN/PPD. Mereka boleh diberi latihan
pengurusan oleh Intitusi Latihan di bawah KPM seperti IAB, IPG dsbnya |
Kembalikan kepada keputusan Mesuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 – 7 Ogos 2005 di Hotel New Pacific ,
Kota Bharu (Deklarasi Kota Bharu). |
|
21.Kadar Elaun Khas Pengetua / Guru Besar Perlu Di Kaji Semula |
Sejak tahun 2001 kadar Elaun Khas Pengetua adalah sebanyak RM150.00
sebulan dan Elaun Khas Guru Besar adalah sebanyak RM100.00 sebulan. Guru-Guru yang terlibat dalam PPSMI mendapat Elaun BISP sebanyak 10 %
daripada gaji pokok untuk PPPLD dan 5% daripada gaji pokok untuk PPPS. Di
samping itu juga guru-guru yang mengajar Kelas Pendidikan Khas turut mendapat
Elaun Khas sebanyak RM250.00 sebulan. Pembantu Pengurusan Murid Kelas
Pendidikan Khas juga mendapat Elaun Khas sebanyak RM200.00 sebulan. Warden Asrama turut mendapat Elaun Khas
Warden Asrama sebanyak RM240.00 sebulan. Secara perbandingan elaun-elaun yang diterima semua PPP di atas
adalah melebihi daripada Elaun Khas yang diterima oleh Pengetua dan Guru
Besar. Pengurus Sekolah terutama dari kalangan PPPLD yang menguruskan
keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah menerima Elaun Khas yang
amaunnya tidak setimpal dengan peranan dan tanggungjawab sebagai Ketua
Jabatan. |
Di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab pegurusan dan pentadbiran
sebagai Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab memberi fokus
untuk menghasilkan : Guru yang berkualiti Pelaksanaan pendidikan yang
berkualiti Pelasanaan semua dasar pendidikan negara Mengimbangi keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosi warga
insitusi pendidikan masing-masing. Justeru itu dicadangkan Elaun Khas Pengetua dan Guru Besar dinaikkan
kepada RM600.00 sebulan tanpa mengira PPPS atau PPPLD kerana bidang tugas dan
tanggungjawab tidak berbeza sebagai pengurus sekolah. |
|
Elaun Keraian Guru Besar Perlu
Dikaji Semula. *GMGBM |
Pengurus Sekolah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional layak secara otomatik menerima Elaun
Keraian Pengetua DG48 sebanyak RM550.00 sebulan dan DG 52 sebanyak RM600.00
sebulan tanpa perlu membuat sebarang tuntutan. Guru Besar turut mendapat kemudahan Elaun Keraian sebanyak 5% daripada
gaji pokok TETAPI perlu membuat tuntutan dengan menyertakan senarai tetamu /
pelawat sekolah, resit bayaran makan dan minum sebagai dokumen sokongan
membelanjakan wang sendiri sebagai pendahuluan untuk MENGHALALKAN tuntutan.
Kaedah ini amat rumit dan membebankan. Ramai Guru Besar yang memilih untuk tidak membuat tuntutan kerana wang
yang telah didahulukan sukar diperolehi semula kerana karenah birokrasi. Guru Besar terpaksa bersabar dan berkorban masa, tenaga serta
wang ringgit untuk melaksanakan agenda pendidikan. |
Memandangkan pemberian Elaun Keraian untuk Guru Besar sudah ditetapkan
sebanyak 5% daripada gaji pokok, amaun yang sangat kecil daripada Elaun
Keraian Pengetua. Dicadangkan agar diperrmudahkan KAEDAH memperolehi elaun tersebut iaitu dimasukkan terus dalam slip gaji
bulanan tanpa perlu melakukan proses tuntutan seperti yang berlaku sekarang.
Dalam erti kata lain, peruntukan sudah ada, cuma kaedah saja yang berubah. |
|
Pemberian Kadar Elaun Penginapan Seperti Elaun Hotel/ Lojing Bagi PPPLD
Gred DGA 32 Hingga DGA 38 Dikaji Semula. ISU |
Kadar Elaun Hotel untuk PPPLD gred DGA 32 hingga DGA 38 ialah RM100.00
untuk satu malam (Semenanjung) /
RM120.00 satu malam (Sabah dan Sarawak). Kadar Elaun Lojing pula ialah
RM45.00 satu malam (Semenanjung) / RM55.00 satu malam (Sabah dan Sarawak). Kadar ini tidak lagi sesuai untuk
PPPLD kerana kebanyakan hotel sekarang mengenakan caj antara RM120.00 ke RM
160.00 satu malam kecuali Rumah Tumpangan
caj di bawah RM100.00. SENARIO/
RASIONAL |
Bagi tujuan memartabatkan profesion perguruan seperti yang termaktub di
dalam PIPP adalah dicadangkan kadar Elaun Hotel dan Elaun Lojing untuk PPPLD
dikaji semula supaya sesuai dengan taraf dan kedudukan guru. Masyarakat akan kembali menghormati
guru jika martabat guru diangkat dan ditempatkan ke tahap yang sepatutnya. CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN |
|
*GMGBM |
Oleh yang demikian JPN terpaksa mencari hotel yang di bawah paras/
standard sederhana untuk pakej kursus PPPLD. Hotel
murah kurang berkualiti dari aspek kemudahan dan makanan untuk peserta kursus
dari kalangan PPPLD. |
|
|
Perluasan Jawatan Guru Besar
Cemerlang DGA 38 Sekolah Rendah. *GMGBM |
Jumlah jawatan Guru Besar Cemerlang DGA 38 ketika ini ialah seramai 1530
orang ( kuota 10 % iaitu 170 orang
diberikan kepada Pengelola di KPM/ JPN/ PPD ) darpada jumlah keseluruhan Guru Besar seluruh
Malaysia seramai 7644 orang.
Hakikatnya nisbah tersebut adalah kecil jika dilihat dari sudut
peluang kenaikan pangkat dan peningkatan gred perjawatan. |
Pertambahan perluasan Gred Jawatan DGA 38 untuk Guru Besar sebanyak 1200 jawatan Guru Besar
Cemerlang dan untuk Pengelola sebanyak
300 jawatan Pengelola Cemerlang. Jumlah perluasan yang dipohon ialah 1500
perjawatan. |
|
Mewujudkan Gred Sisipan DGA 36 PPPLD (Gred Baru) untuk Guru Besar. MGBM |
Kecelaruan ketara timbul kesan dari longgokan PPPLD dalam Gred DGA 32 dan
DGA 34 menyebabkan terdapat ramai Guru Besar SKM DGA 32 tersekat pergerakan
kenaikan pangkat, Di Gred Gaji DGA 32 dan DGA 34 terdapat pemegang
jawatan-jawatan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan Guru Time Based. Di antara kesannya ialah tidak ramai PPPLD
yang mahu dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan dan sukar untuk
mencari pelapis Guru Besar. |
Dicadangkan Gred DGA 36 diwujudkan untuk PPPLD bagi jawatan Guru Besar.
Kenaikan ini memberi ruang dan peluang untuk PPPLD yang tidak mendapat
kenaikan pangkat ke Gred DGA 38. Guru Penolong Kanan pula dicadangkan
dinaikkan ke Gred DGA 34. Pengwujudan Gred DGA 36 ini akan mengalirkan lebih
lancar longgokan PPPLD yang tersekat di paras DGA 32 dan DGA 34. |
|
Pemberian Kadar Elaun Penginapan Seperti Elaun Hotel/ Lojing Bagi PPPLD
Gred DGA 32 Hingga DGA 38 Dikaji Semula. |
Kadar Elaun Hotel untuk PPPLD gred DGA 32 hingga DGA 38 ialah RM100.00
untuk satu malam (Semenanjung) /
RM120.00 satu malam (Sabah dan Sarawak). Kadar Elaun Lojing pula ialah
RM45.00 satu malam (Semenanjung) / RM55.00 satu malam (Sabah dan Sarawak). Kadar ini tidak lagi sesuai untuk
PPPLD kerana kebanyakan hotel sekarang mengenakan caj antara RM120.00 ke RM
160.00 satu malam kecuali Rumah Tumpangan
caj di bawah RM100.00. |
Bagi tujuan memartabatkan profesion perguruan seperti yang termaktub di
dalam PIPP adalah dicadangkan kadar Elaun Hotel dan Elaun Lojing untuk PPPLD
dikaji semula supaya sesuai dengan taraf dan kedudukan guru. Masyarakat akan kembali menghormati
guru jika martabat guru diangkat dan ditempatkan ke tahap yang sepatutnya. |
SENARAI AHLI MESYUARAT
|
BIL |
NAMA |
KESATUAN/PERSATUAN |
|
1 |
Tn. Hj. Jemale
bin Paiman |
Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP) |
|
2 |
Tn. Hj. Mohamad bin Ismail |
Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP) |
|
3 |
Lt. Kdr. (B)
Hashim bin Adnan |
Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) |
|
4 |
Pn Lok Yim Pheng |
Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) |
|
5 |
En T Kuna
Cegeran |
Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP) |
|
6 |
Tn. Hj. Megat Md. Salleh Bin Md. Arshad |
Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu SeMalaysia (KKGBMS) |
|
7 |
En. Alias bin Hj. Abd. Ghani |
Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu SeMalaysia (KKGBMS) |
|
8 |
En. Lee Kam Wah |
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) |
|
9 |
En Tan Boon Hwa |
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) |
|
10 |
En. P.Dharmalingam |
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil |
|
11 |
En Zakaria Bin
Awap |
Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) |
|
12 |
Pn Noryah bt
Ahmad |
Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) |
|
13 |
En Goh Boon Poh |
Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah
Menengah Conforming |
|
14 |
En Chuah Wah
Teong |
Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah
Menengah Conforming |
|
15 |
En Suhaimi Hj
Othman |
Kesatuan Guru-Guru Sabah (KGS) |
|
16 |
En Ibrahim
Hussin |
Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) |
|
17 |
En. William
Ghani Bina |
Sarawak Teachers’
|
|
18 |
En. Thomas Huo
Kok Sen |
Sarawak Teachers’
|
|
19 |
Tn Hj. Mohamed
Sabri bin Hj. Mohd Arsad |
Kesatuan
Guru-Guru Melayu |
|
20 |
En Ahmad Nawawi
bin Shaari |
Kesatuan
Guru-Guru Melayu |
|
21 |
En. Mohd.Yussof bin Mattaim |
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) |
|
22 |
En Fadzil bin
Mohd Jamil |
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) |
|
23 |
En. Ahmad bin Malie |
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak
(KGBS) |
|
24 |
En. Sajali bin Ojek |
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak
(KGBS) |
|
25 |
En. Chan Seng
Choy |
Kesatuan
Guru-Guru |
|
26 |
Tn. Hj. Ruslan Bin Madon |
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (MGB) |
|
27 |
Tn. Hj. Kamaruzaman bin Salim |
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (MGB) |
|
28 |
En Zulkifli bin
Ghozali |
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB) |
|
29 |
Pn Rosimawati bt
Saad |
Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia (PPPPSM) |
|
30 |
Pn Asiah bt
Husin |
Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia (PPPPSM) |
|
31 |
Tn. Hj. Hussin bin Mustaffa |
Persatuan Pengelola Pendidikan Sekolah-Sekolah Malaysia (PPPSM) |
|
32 |
Pn Maznun bt
Mohd Isa |
Persatuan Pengelola Pendidikan Sekolah-Sekolah Malaysia (PPPSM) |
|
33 |
Tn. Hj. Rahim bin Ibas |
Kesatuan Pegawai-Pegawai Semenanjung Perkhidmatan Pelajaran Sarawak
(KPPS) |
|
34 |
Tn. Hj Khalid bin Ahmad |
Badan Perhubungan Pegawai-Pegawai
Pendidikan Daerah/Gabungan Kebangsaan |
|
35 |
En. Said bin Manap |
Badan Perhubungan Pegawai-Pegawai
Pendidikan Daerah/Gabungan Kebangsaan |
|
36 |
Dr Sluhi bin Lamat |
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) |
|
37 |
En. M.S. Muthiah |
Persatuan Guru Besar SJK (Tamil) Malaysia |
|
38 |
En Zamzan bin
Omar |
Majlis Guru
Kaunseling Kebangsaan |
|
39 |
En Mohd Sohimi
Othman |
Pejabat Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) |
|
40 |
Hj. Wan Hasan
bin Wan Abdullah |
Kesatuan
Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung |
Lampiran
(A)
|
ISU |
SENARIO
/ RASIONAL |
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN |
|
1.
Dasar pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains
dalam bahasa Inggeris. 1.1
Dato’ Seri Dr. Mahathir pada Julai 2002 telah mengistiharkan untuk menukarkan
bahasa pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains dari Bahasa Melayu ke
Bahasa Inggeris mulai 2003 atas alasan untuk meningkatkan pembelajaran
Matematik dan Sains serta meningkatkan kecekapan pelajar berbahasa Inggeris. 1.2
Dasar ini telah dilaksanakan serentak pada Januari 2003 bermula di Tahun 1
sekolah rendah, tingkatan 1 di sekolah menengah, Tingkatan 6 Rendah dan Kolej
Matrikulasi Semester 1 menegah atas. Persoalan: a)
Adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris (Bahasa kedua pelajar) sebagai
bahasa pengantar, pembelajaran Matematik dan Sains pelajar lebih berjaya,
lebih cemerlang, boleh dipertingkatkan atau diperkuatkan jika dibandingkan
dengan penggunaan bahasa ibunda? b)
Adakah dasar ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris? c)
Bagaimana dengan kesediaan dan kemampuan guru-guru mata pelajaran Matematik
dan Sains di sekolah yang diamanahkan mengajar murid ini? d)
Apakah peralatan dan prasarana pembelajaran yang disediakan terutama di luar
bandar sudah diyakini mampu serta mencukupi untuk meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris? e)
Adakah jelas pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan
bahasa kedua lebih mudah disampaikan dan difahami oleh murid jika
dibandingkan menggunakan bahasa ibunda? f)
Bagaimana perlaksanaan terpilih dibuat di sekolah kebangsaan dan SJK Tamil
Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sementara di SJK
Cina diajar dalam dwi bahasa iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. g)
Bagaimana unjuran keputusan peperiksaan UPSR dijadikan sebagai kayu ukur
keberkesanan pencapaian pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
sedangkan sebahagian murid menjawab di dalam bahasa Inggeris, sebahagian
dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda dan sebahagian dalam bahasa ibunda? |
1.
Kerajaan Malaysia pada bulan Julai 2002, melalui pengistiharan yang dibuat
oleh Menteri Pelajaran pada masa itu YB Datuk Musa Muhamad telah dengan
tiba-tiba mengumumkan perubahan dasar penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dari Bahasa Malaysia ke
Bahasa Inggeris (PPSMI) berkuatkuasa mulai tahun 2003. 2.
Menteri Pelajaran menjelaskan tujuan utama menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Pengantar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains (PPSMI) kepada pelajar di sekolah dalam dua aspek: a)
Untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam
bidang Sains dan Matematik. b)Menambah
masa pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan tujuan dapat
membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. 3.
Dapatan kajian oleh PEMBINA (Permaufakatan Badan Ilmiah Nasional), Pasukan
Penyelidik UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim), Laporan
Jemaah Nazir Sekolah dan pencinta bahasa terhadap kesan Pembelajaraan
Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai bahan rujukan sah. 4.
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian negatif pelajar terutama
dikawasan luar bandar, pendalaman dan FELDA.
Kemerosotan ini berlaku disebabkan murid tidak dapat memahami dan
mengikuti pelajaran serta penguasaan konsep yang diajar oleh guru disebabkan
penguasaan Bahasa Inggeris mereka lemah. Murid sukar berkomunikasi dan
menggunakan bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 5.
Terdapatya jurang yang ketara di antara Sekolah Kebangsaan jika dibandingkan
dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang dibenarkan Pengajaran Matematik dan
Sains dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. 6.
Perbandingan pencapaian UPSR pertama kali dibandingkan dengan purata lima
tahun UPSR sebelumnya iaitu 2003-2007 sedangkan pada kebiasaan dibandingkan
dengan tahun sebelumnya iaitu tahun 2007 bagi perbandingan keputusan 2008.
Apakah rasionalnya. 7.
PPSMI boleh disimpulkan telah mewujudkan perbezaan prestasi antara murid yang
sosio ekonomi ibubapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada diluar bandar
dan di bandar, FELDA, kawasan pendalaman malah mewujudkan jurang antara
sesebuah negeri contohnya Negeri Sabah. 8.
Mengukur dan mentafsirkan kejayaan PPSMI berdasarkan kepada bertambah
bilangan calon UPSR menjawab dalam Bahasa Inggeris adalah tidak tepat dan
tidak boleh diterima kerana sepatutnya soalan peperiksaan UPSR dalam satu
bahasa sahaja 9.
Tindakan KPM menggabungkan keputusan peperiksaan Matematik dan Sains SK
bersama–sama SJKC dan SJKT amat tidak wajar. Kemerosotan prestasi UPSR
sekolah kebangsaan tidak dapat ditonjolkan. 10.
Berdasarkan kajian PEMBINA, peratus kegagalan (D dan E) Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris di dalam PMR dan SPM terlalu tinggi. 11.
Dasar PPSMI menggagalkan matlamat Dasar Sains Negara 60:40 (Sains &
Tknologi : Sastera) yang hendak dicapai tahun 2010. Semasa diperkenalkan
tahun 2001, nisbahnya ialah 37:63 mengikut sasaran tahun 2008 sepatutnya
56:44, malangnya nisbah yang dicapai sekitar 44:56. 12.
Bertambah sukar bagi kerajaan untuk menambah bilangan bumiputra menyertai
bidang kerjaya perubatan, farmasi, pergigian, vaterinar, jurutera, arkitek,
juruukur, peguam dan akauntan menjelang 2020 berdasarkan Dasar Meritokrasi
Pendidikan Negara. 13.
PPSMI bertentangan dengan perlembagaan persekutuan perkara 152(1), 152(6)
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib
1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 14.
PPSMI bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(1)
yang memperuntukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hendaklah
digunakan sebagai Bahasa Rasmi dan perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan; 15.
Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967: Bahasa Kebangsaan
sebagai Bahasa Rasmi telah diperuntukan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 Akta(32 16.
Bertentangan dengan Akta Pendidkan 1996: Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa
Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996 menetapkan Bahasa
Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar Utama seperti berikut: a)
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua institusi
pendidikan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi
pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. b)
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan selain daripada
bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib di institusi itu. 17)
Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di dalam kelas hendaklah secara utamanya dijalankan dalam Bahasa
Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan. 18. Perlaksanaan
PPSMI akan menghilangkan identiti bangsa, semangat kenegaraan dan kebudayaan.
Negara maju seperti Jepun, Jerman dan Perancis telah maju walaupun mereka
masih menggunakan bahasa ibunda negara sendiri sebagai bahasa ilmu. |
1.
Kami berpendapat dan berpendirian hasil dari kajian dan laporan bahawa
sebarang dasar pendidikan negara mestilah di buat berdasarkan kepada
perancangan dan hasil kajian ilmiah dan saintifik serta berlandaskan kepada
fakta dan data yang sah. 2.
Penguasaan Bahasa Inggeris diperkasakan melalui pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris itu sendiri. Pengukuhan kurikulum, kepelbagaian pedagogi,
penambahan guru bahasa dan peningkatan kemahiran guru itu sendiri. 3.
Kewujudan makmal bahasa di sekolah, bahan bantu mengajar mengikut kesesuai
masa serta peruntukan kewangan yang mencukupi kepada pengurusan sekolah dan
institusi untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan lain-lain
bahasa. Makmal komputer yang sedia ada dinaiktaraf supaya menjadi makmal
bahasa dengan disediakan pembantu guru supaya penggunaan komputer dan
peralatan dapat dimaksimumkan. 4.
Bahasa ibunda ialah cara terbaik bagi sesebuah bangsa yang bertamadun
mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan. 5.
Bahasa Malaysia dipraktikkan dan dimartabatkan sebagai bahasa pengantar di
negara ini sejajar dengan Artikel 152(1) dan Artikel 152(6) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 dan Perinsip
Rukun Negara (Keluhuran Perlembagaan). 6.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara perlu
diketengahkan sementara Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Lembanga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi nadi kepada kedaulatan dan
memertabatkan ilmu serta Bahasa Malaysia.
|